Aku tahu sembunyi bukan perkara yang sepatutnya aku buat sekarang. tapi aku masih kalah dengan ego aku sebagai lelaki. Aku tewas dengan diri jahil aku yang terlalu memilih, terlalu meminta. Aku menyesal dengan tindakan aku. Aku terlalu kejam dengan apa yang aku selalu buat. Aku masih malu untuk munculkan diri. Aku teramatlah sedih dengan apa yang telah terjadi.

Dalam diam aku bersuara, 'maafkan aku atas segalanya'. Dalam hampa aku berbisik, 'maafkan aku kerna terlalu meminta'. Dalam gelap aku menangis, 'maafkan aku yang terlalu banyak kelemahannya. Dalam sunyi aku merayu, 'maafkan aku kerna terlalu menyintaimu'.

Aku terlalu rindukan dia.


--------------------------------------------------------

I miss feeling you there by my side
And I miss holding you close in the night
I miss things that we used to do
And I miss you

And I’m sure there are moments when you start to think about me
And I’m sure there are moments when you start to think about me

I’ve been thinking the things that I’ve said
And I’ve seen the reason that you may have left
I hear songs that remind me of you
And I miss you

And I’m sure there are moments when you start to think about me
And I’m sure there are moments when you start to think about me

so you know i still miss you
so im sure you miss me too


Read Users' Comments ( 8 )


'Kamon sly.. bila ko nak update blog ko nih'. Itu la antara puluhan komen yang aku dapat semenjak kali terakhir aku post sesuatu kat blog aku. Aku bukan penulis yang baik. Bukan jugak orang yang gemar menulis. Dan pastinya bukan jenis orang yang pandai cari cerita untuk buat topik. Aku tak tahu apa untuk di tulis. Aku takde idea nk mencoret apa. Walhal setiap hari aku check blog aku. Untuk tengok kalau ia ter update seniri agaknya. AKu mengharapkan satu penulisan yang boleh di terima orang. AKu mencari cerita yang aku boleh kongsi untuk semua dan bukan sekadar cerita yang tak ada nilai untuk orang lain ketahui. Aku mencari cara menulis sesuatu yang lain dari cerita hidup aku yang penuh masalah ni. Tapi aku x jumpa semua tu. Jadi aku minta maaf buat kawan2 yang rasakan aku masih menjaja cerita yang tiada harga and basi untuk kalian. Ini saja yang aku ada. Buat masa ni. Mungkin.

Hidup aku.. masih macam tahun lepas. Masih seorang yang malas. Masih seorang yang ingin kesenangan dunia tanpa usaha. Masih punya impian yang tinggi. Dan masih mencari diri sendiri yang hilang atau mungkin tak pernah dijumpai. Ibu ayah dah mulai pertikai kerjaya aku. Aku mula dihimpit antara menjadi biasa dan luar biasa. Aku cuba untuk terus di tapak mencari rezeki aku yang sekarang ni. Moga2 apa yang aku usahakan x sia-sia.

Hidup kita tak pernah sempurna. Impian dan kehendak tak akan datang tanpa usaha. Dan aku tahu tentang tu tapi masih di telekuk diri aku yang masih lena. Dan aku juga cuba untuk jadi orang yang lebih baik dari diri aku sebelum ni. Aku mahu lebih usaha. Aku nak bangun dari diri lama aku. Aku nak cari matlamat hidup aku. Aku nak keluarga bangga dengan aku. Begitu jugak dengan si dia yang aku cuba elak sejak akhir2 ni. Maafkan aku.

Tentang kesihatan, aku tanak cerita pasal tu. Mungkin kelak. Maafkan aku sebab tak dapat post gambar2 Rantai07 tahun lepas. Dan aku akan usaha untuk kerap update blog ni utk mereka yang tak jemu betandang ke laman muka blog aku yang semakin tampak hambarnya ni. Hidup ni terlalu indah. Cuma ada sedikit kesukaran untuk kita genggam perkara yang kita mahu. Bangunkan aku.

---------------------------------------------

life is beautiful

but it's complicated
we barely make it

we don't need to understand

there are miracles
miracles...



Read Users' Comments ( 0 )