Broken



Orang kata, bila kita bercerita, menulis, melukis atau hasilkan karya or benda2 yang seakan dengannya, ia boleh bantu kita lupakan masalah, buang bebanan, hilangkan sakit, rasa selesa, semuanya berkemungkinan dalam sekelip mata. Tapi aku tak pasti ianya boleh bantu baiki sesuatu yang dah rosak. Barang rosak. Kereta rosak. Hubungan yang rosak. Jiwa rosak. Hati yang rosak...

Cinta yang rosak.

Ada kalanya aku cuba menafikan hubungan aku dan dia bagaikan hampir ke penghujungnya. kaca yang dulunya mudah dicantumkan bila pecah, tapi skrng seolah2 setiap serpihan bagai hilang satu persatu. Kata 'maaf' yang selalunya bagaikan penawar paling hebat, kini seolah2 hilang kuasanya. Aku cuba menunding jari pada dia, pada orang lain, bahwa ini bukan salah aku. Tapi ianya memang & sentiasa adalah salah aku. Aku akui.

Hubungan aku dan dia telah rosak. Hubungan aku dan Pencipta juga semakin rosak. Katanya aku x pernah berubah. Aku masih seorang lelaki yang banyak kekurangan yang aku cuba ubah dan akhirnya.. aku masih tak pernah berubah. Dan dia memang benar. Aku sentiasa dan tak akan berubah bagi dia. All my faces are alibi, and this is not the man i hope to be.

----------------------------------------

The broken clock is a comfort
It helps me sleep tonight
Maybe it can stop tomorrow
From stealing all my time
And I am here still waiting
Though I still have my doubts
I am damaged at best
Like you've already figured out


I'm hangin'on another day
Just to see what you will throw my way
And I'm hanging on to the words you say
You said that I will, I'll be ok..

I'm falling apart,
I'm barely breathing..
With a broken heart
that's still beating..
In the pain there is healing
In your name I find meaning
So I'm holdin'on,
Im still holdin'
I'm barely holdin'on to you
...


Read Users' Comments ( 7 )

Kaleidoscope



Pada 11 Mac bersamaan hari Rabu haritu, aku keluar dengan seorang sedara and kawan aku pegi menonton WATCHMEN. Filem yang menarik sebab karakteristik superhero nya tak klise. Tapi banyak review cakap cerita tu kurang memuaskan especially fanboys even ia dah kutip banyak keuntungan. Aku x tau nk komen apa since aku x penah baca novel graphic/comic dia and bukan fanboys pun. So bagi aku crita tu dah agak menarik.

Ok aku bukan nak cerita pasal WATCHMEN. Sebelum kami sampai ke destinasi nak tengok WATCHMEN, kami singgah kejap dekat USM (Universiti Sains Malaysia) Penang yang berhampiran, sebab kawan aku study situ and diorang ada event, umm more like an event of student final project course design (sorry aku rojak skit bahasa aku). And dia dah invite aku 2 3 bulan sebelum tu, kalau tak pegi kecik hati pulak. Lagipun kalau nak pegi hari lain, macam biasa la, malas nak drive keluar balik pulau, so alang2. Terus terang aku katakan, aku totally impress dengan keja diorang. Teramat impress. Bukan tak penah pegi tengak event U lain yang tunjuk final project. Cuma yang ni memang buat aku rasa, WOW.. tak sangka student USM bleh buat tahap macam ni. Ye la, nama pun USM, nampak keja2 bekenaan sains ja la. Keja2 diorang dari software/courseware, CD package, product design sampai la ke fine art. Semua aku kagum and teruja.

Aku start masuk, aku dah di impress dengan technology salji yang aku dah lupa nama apa, then dengan project 3d ala hologram en Nurul Anwar, telan air liur aku. Brader ni memang tahap dewa la keja dia. Rasanya terbaik yang aku suka among all. Then dengan courseware/software, cd package web, pastu torchlight censor yang pakai LED.. semua nya best. Projek filem pendek pun best, siap ada panggung seram mini. Product design... urghhh.. nk ja aku beli smua hasil keja diorang. Seriously diorang dah beat furniture IKEA. Aku nak list satu2 memang tak terlist yang mana best. Semua best la. And bahagian fine art pun, pergh, dah macam pegi RANTAi event. Brand, clothline pastu design2 untuk campaign HIV and others, semua semat. Aku tertarik dengan satu keja student ni which is booth last sebelum aku keluar. Dia buat some sort of campaign pasal penyakit yang baru ditemui yang similiar to Leukemia. Too bad aku tak dapat belek keja2 dia, sempat sembang kejap ja. Hope ada source yang aku bleh reach dia. Yes aku berminat dengan kerja dia, bukan owner projek.

Overall, memang tak rugi aku singgah jenguk event ni. Sayangnya, aku terkejar masa sebab nk turn tengok wayang pulak. So tak puas tengok, plus.. aku tak bawak camera !!! T-T. And lagi 1, rasa sayang sebab event ni just run seminggu. Pastu diorang tak buat advertise sangat. Rugi sebab keja2 and product diorang is seriously worth watching. So next year, kalau di invite lagi, aku nak p lagi. And hoping furniture2 yang diorang buat ada jual kat market, aku nak sangatttt. And for all student yang involve, yer guys did a very good job. I really mean it. And thanks to AME sebab invite aku in the first place.

P/S : Ame, Tolong simpan tees aku and hoping bleh reach the girl who did the disease project.



Read Users' Comments ( 8 )



Time aku kecik, aku ikut kak aku pegi beli majalah REMAJA and DINAMIK. Ntah apa mimpi dia time tu, dia nak blanja aku buku or komik. Then pilih punya pilih, aku tertarik dengan komik under ComicHouse yang ada gambar budak baju oren ada ekor dengan naga. And start dari era tu la, aku gila dengan komik ciptaan Akira Toriyama yang di panggil DRAGONBALL. (Mutiara Naga edisi melayu)

Aku jatuh cinta dengan Goku and kerekter2 dalam crita tu, and jalan crita dia, kuasa2..ishh.. kalau zaman tu.. memang terbaik. No wonder ia terkenal di seluuuruhh dunia (guna intonasi Naqiu dalam iklan filem Boboi The Movie). Dan aku percaya, semua diehard fanz berharap dapat tengok cerita ni beraksi sebagai filem. Dan ada orang yang prihatin, decide nak buat dragonball. Berita baik kat semua die hard fanz di seluuruuhh dunia (sekali lagi). Maka terhasil lah... DRAGONBALL EVOLUTION.. yang sangatttttt.............. SUCKS !.

Mac 15. Impian waktu kecil aku and semua die hard fanz musnah sekelip mata dalam sejam setengah camtu. No offence, worst comic adaptation film ever untuk 2 3 tahun ni. tak dapat digambarkan betapa kecewanya aku dengan filem ni (sampai aku prefer letak pic dragonball tanpa watak kat atas). Memang sangat kecewa sampai menyumpah2 keluar panggung. Eh tak, time tengok pun dah menyumpah2 dalam hati. Sebab this is dragonball.. bukan sang wira. salah satu saga komik yang terbaik. Malangnya, filem ni rosakkannya dengan sekelip mata. Despite dari effect yang tak nafi Hollywood yang otai buat.. selain dari tu.. semua aku consider.. NEGATIVE !

- Character takdak lansung yang similiar even aku agak tertarik dengan chi chi versi hot chick.
- Semua character boring especially GOKUUU !!!
- Actor Goku tak reti blakon, part emo tak pandai nk feel and part2 lain lagi. Masalahnya Justin Chatwin belakon dgn baik dalam War of the world dan invisible. Jadi Goku = Super Sucks.
- Goku = p kolej, betumbuk dgn bullies, pastu suka flirt. What the heck. Setahu aku, Goku buta cinta, and 1+1 pun tak tau jawapan.
- Kurin and Pilaf xde. padahal watak penting.
- Red Ribbon x dak.
- Yamcha x tau bertumbuk.
- Bulma dah macam Lara Croft.
- Roshi x cukup pervert.
- dragonball di cipta oleh para2 monk tahap dewa. Bukan Namekian.
- Kerekter Pikor dah macam villian star trek. pastu dialog sikit plus peranan lemah.
- Naga dragonball pendek and x bleh cakap.
- Oozaru (jelmaan king kong Goku) buruk and size tahap wrestler big show.
- Fight last boring.
- Kamehameha final amatlah.. thats it?...........

Conclusion dia : Sampah x 8 !!!!. Sapa yang sayang duit, jangan tgk wayang. Beli la dvd. Kalau x nak merana macam aku. Aku harap, semoga ada orang lain yang nak buat remake filem ni and buat lebih better dengan tak tukar banyak benda penting and tak sepatutnya. Semua fanboys mengharap sesangat. Because we care. Even Goku care. Kerana Dragonball ada 7 biji semuanya.




Read Users' Comments ( 2 )

In Loving Memory



"Ni gambar mak masa kat Singapore. Yang ni pulak kat Melaka". Ada la dalam 20 keping gambar percutian mak aku yang dia jarang tunjuk. Cuma lepas tengok cerita melancong kat channel oasis smalam, terus tergerak hati nak cari balik gambar2 percutian lama beliau. Rupanya dah banyak tempat dia p melancong. Aku ja yang tersadai kat sini. (Aku cuma teringin nak p Jepun. Yes, Jepun.)

Dalam bungkusan plastik yang penuh dengan album mini and foto2 x tersusun tu, ada satu album mini lama yang agak dah berkulat. And ada satu gambar ni yang buat aku rasa.. sebak sangat bila tengok. Sebijik rumah yang dh bertahun lamanya aku x tengok. Aku belek setiap inci gambar tu sambil terngiang2 kenangan aku merajuk sebab tak dapat coklat, lari belakang rumah sebab x mau mandi, tingkat atas rumah yang aku cukup takut nak naik sebab ada rasa seram semacam and gambar besar Tun Abdul Razak yang time tu aku rasa seram gila tgk gambar tu, tidur dekat bilik yang sampai sekarang aku still boleh ingat bau cadar, selimut and papan dinding bilik tu. Dan paling aku tak boleh lupa, laman depan rumah yang lapang di mana aku habiskan masa kecilku mengasah bakat yang aku ada sekarang. ya, sebuah canvas lukisan paling besar dalam sejarah hidup aku. And aku pasti dah beratus coretan dari gambar rama2 sampai la satu pasukan khas flashman yang pose x ubah macam orang-orang (time tu la, blum pro). Jadi, boleh dikatakan ni salah satu titik permulaan bakat yang Allah anugerahkan untuk aku.

Dan skarang ni, rumah tu dah tak ada (dirobohkan kerana masalah tanah). Penghuni tetap rumah tu pun dah tak ada. Dan aku amat rindukan insan itu yang aku cukup kagum dengan segala-galanya tentang dia. Kami semua rindukan dia. Yang tinggal cuma kenangan yang aku tak akan ganti walau dengan harta dunia. Penghuni dan rumah usang yang nampak rapuh tu akan aku dan abdul rashid abdul raman akan kenangkan sampai Allah keluarkannya dari ingatan kami.

Tok.. kami teramat rindukan tok. Semoga roh tok ditempatkan bersama orang2 yang beriman.



Read Users' Comments ( 6 )

Show Me The Money



Baki wang anda : RM70. Yes, aku paling tak gemar bila resit keluar dari ATM pas draw duit berada bawah kadar RM100. menandakan aku amat sengkek, takleh beli komik, and takleh singgah 7-11 beli coklat or other addicted junk food. Lagi satu fenomena yg tak gemar adalah time menerima text messege dari telecomunication sompany berbunyi : Tempoh kredit anda hampir tamat. Tapi tak lagi. Sebab sekarang text msg tu akan diganti dangan benda yang lebih menyakitkan hati. Bil talipon.

Berbalik pada isu duit yang hampir hilang dari simpanan. Aku agak gusar sebab gaji bulan ni tak masuk. Macam mana nak cover bil this and that, insuran etc. Keja yang aku normally buat x masuk lansung bulan ni. Tapi aku ada amik job komik yang.. urghh.. tertekan nk buat. Sebab masa. And aku brani jamin, tak akan siap mid februari. Dgn status aku yang malas, pressure sana sini, and yes paling ketara, duit takdak. Komitmen lari terus. So buat rakan2 yang dihargai, jangan la jadi macam aku yang 24/7 malas. Tunggu treasure chest jatuh depan mata. Pastu nak kaya dengan cara mudah. Hargailah kerja yang korang buat sekarang. Dan yang paling penting, buat adik2 yang dibelai manja, jangan lah jadi freelancer kalau mental and jasad tak prepare secukupnya. Youre guys might end up stick yourself on the wall.


Read Users' Comments ( 4 )

2009



2009. Um.. aku sbnarnya x tau nk taip apa since benda ni probably ada kat separuh personal blog kat muka bumi ni. And kalau aku nk tulis benda yang biasa pun.. probably akan sama dgn separuh lagi isi kandungan blog untuk posting '2009'. Ambik petikan dari blog 'lunchbox' : 2009..soalan klasik tiap tahun, apa azam ko tahun nie ? So aku skip soalan tu.

Aku just nak wish Salam Maal Hijrah and Selamat Tahun Baru kat semua penduduk muka bumi. Terutama orang islam dan sahabat handai yang berjuang untuk terus hidup dalam dunia yang penuh fasha dan mungkar ni, cewah. Moga tahun 2009 ni akan beri lebih banyak makna pada tahun2 lalu and merubah kita menjadi buruk kepada baik. Baik kepada lebih baik. Dan bersyukur la sebab diizinkan Allah untuk terus bernafas, berpijak di bumi Nya, berdegup jantung sehingga ke hari ini. Dan menghargai hidup ini dengan lebih baik. Ish apsal ucapan aku dah bunyi lain ni. Arghh.

Selamat datang 2009. Selamat tinggal 2008. Kirim salam kat 2007 dan tahun2 yang dah pergi menghilang di arus masa.


Read Users' Comments ( 1 )

First TAG



1 5 Ciri Wanita/Lelaki Idaman Anda :
a) cinta
b) setia
c) bertudung
d) rajin masak/mengemas/memandu
e) jaga diri

2. 5 Wanita/Lelaki Yang Tak Pernah Anda Minati Sepanjang Hidup :
a) Malas
b) kuat merajuk
c) biadap
d) Pengotor (sorry stan, pow jawapan)
e) degil

3. 5 Perasaan Anda Sekiranya Keluar Dengan Orang Yang Minati :
a) gembira <-- jawapan punya la tipikal
b) speechless and redundant
c) agak segan
d) tak dak hala tuju
e) Takut (pow jawapan stan lagi)

4. 5 Tempat Istimewa Yang Ingin Dilawati Bersama Pasangan Anda :
a) tanah suci
b) jepun
c) alexandria
d) paris/london
e) syurga

5. 5 Barangan/Sesuatu Istimewa Yang Akan Anda Hadiahkan Kepada Dia :
a) ciuman (bila dah sah)
b) cincin
c) tudung
d) baju kurung
e) diri sendiri yang tak ada nilai

6. Tajuk Lagu Yang Akan Anda Nyanyikan Untuk Pasangan Anda..
a) sempurna - andra and the backbone
b) glory of love - peter cefera
c) its your love - gils ofarim
d) ruang rindu - letto
e) lagu kita - aizat

7. Rakan Yang Anda Tag Dan Mahu Mereka Buat tag ini
a) stan (dah buat)
b) Shooke (dah buat)
c) madd
d) jenny
e) acit

p/s : first time di tag. out of date nya aku.


Read Users' Comments ( 2 )