Broken



Orang kata, bila kita bercerita, menulis, melukis atau hasilkan karya or benda2 yang seakan dengannya, ia boleh bantu kita lupakan masalah, buang bebanan, hilangkan sakit, rasa selesa, semuanya berkemungkinan dalam sekelip mata. Tapi aku tak pasti ianya boleh bantu baiki sesuatu yang dah rosak. Barang rosak. Kereta rosak. Hubungan yang rosak. Jiwa rosak. Hati yang rosak...

Cinta yang rosak.

Ada kalanya aku cuba menafikan hubungan aku dan dia bagaikan hampir ke penghujungnya. kaca yang dulunya mudah dicantumkan bila pecah, tapi skrng seolah2 setiap serpihan bagai hilang satu persatu. Kata 'maaf' yang selalunya bagaikan penawar paling hebat, kini seolah2 hilang kuasanya. Aku cuba menunding jari pada dia, pada orang lain, bahwa ini bukan salah aku. Tapi ianya memang & sentiasa adalah salah aku. Aku akui.

Hubungan aku dan dia telah rosak. Hubungan aku dan Pencipta juga semakin rosak. Katanya aku x pernah berubah. Aku masih seorang lelaki yang banyak kekurangan yang aku cuba ubah dan akhirnya.. aku masih tak pernah berubah. Dan dia memang benar. Aku sentiasa dan tak akan berubah bagi dia. All my faces are alibi, and this is not the man i hope to be.

----------------------------------------

The broken clock is a comfort
It helps me sleep tonight
Maybe it can stop tomorrow
From stealing all my time
And I am here still waiting
Though I still have my doubts
I am damaged at best
Like you've already figured out


I'm hangin'on another day
Just to see what you will throw my way
And I'm hanging on to the words you say
You said that I will, I'll be ok..

I'm falling apart,
I'm barely breathing..
With a broken heart
that's still beating..
In the pain there is healing
In your name I find meaning
So I'm holdin'on,
Im still holdin'
I'm barely holdin'on to you
...


Read Users' Comments ( 7 )

Kaleidoscope



Pada 11 Mac bersamaan hari Rabu haritu, aku keluar dengan seorang sedara and kawan aku pegi menonton WATCHMEN. Filem yang menarik sebab karakteristik superhero nya tak klise. Tapi banyak review cakap cerita tu kurang memuaskan especially fanboys even ia dah kutip banyak keuntungan. Aku x tau nk komen apa since aku x penah baca novel graphic/comic dia and bukan fanboys pun. So bagi aku crita tu dah agak menarik.

Ok aku bukan nak cerita pasal WATCHMEN. Sebelum kami sampai ke destinasi nak tengok WATCHMEN, kami singgah kejap dekat USM (Universiti Sains Malaysia) Penang yang berhampiran, sebab kawan aku study situ and diorang ada event, umm more like an event of student final project course design (sorry aku rojak skit bahasa aku). And dia dah invite aku 2 3 bulan sebelum tu, kalau tak pegi kecik hati pulak. Lagipun kalau nak pegi hari lain, macam biasa la, malas nak drive keluar balik pulau, so alang2. Terus terang aku katakan, aku totally impress dengan keja diorang. Teramat impress. Bukan tak penah pegi tengak event U lain yang tunjuk final project. Cuma yang ni memang buat aku rasa, WOW.. tak sangka student USM bleh buat tahap macam ni. Ye la, nama pun USM, nampak keja2 bekenaan sains ja la. Keja2 diorang dari software/courseware, CD package, product design sampai la ke fine art. Semua aku kagum and teruja.

Aku start masuk, aku dah di impress dengan technology salji yang aku dah lupa nama apa, then dengan project 3d ala hologram en Nurul Anwar, telan air liur aku. Brader ni memang tahap dewa la keja dia. Rasanya terbaik yang aku suka among all. Then dengan courseware/software, cd package web, pastu torchlight censor yang pakai LED.. semua nya best. Projek filem pendek pun best, siap ada panggung seram mini. Product design... urghhh.. nk ja aku beli smua hasil keja diorang. Seriously diorang dah beat furniture IKEA. Aku nak list satu2 memang tak terlist yang mana best. Semua best la. And bahagian fine art pun, pergh, dah macam pegi RANTAi event. Brand, clothline pastu design2 untuk campaign HIV and others, semua semat. Aku tertarik dengan satu keja student ni which is booth last sebelum aku keluar. Dia buat some sort of campaign pasal penyakit yang baru ditemui yang similiar to Leukemia. Too bad aku tak dapat belek keja2 dia, sempat sembang kejap ja. Hope ada source yang aku bleh reach dia. Yes aku berminat dengan kerja dia, bukan owner projek.

Overall, memang tak rugi aku singgah jenguk event ni. Sayangnya, aku terkejar masa sebab nk turn tengok wayang pulak. So tak puas tengok, plus.. aku tak bawak camera !!! T-T. And lagi 1, rasa sayang sebab event ni just run seminggu. Pastu diorang tak buat advertise sangat. Rugi sebab keja2 and product diorang is seriously worth watching. So next year, kalau di invite lagi, aku nak p lagi. And hoping furniture2 yang diorang buat ada jual kat market, aku nak sangatttt. And for all student yang involve, yer guys did a very good job. I really mean it. And thanks to AME sebab invite aku in the first place.

P/S : Ame, Tolong simpan tees aku and hoping bleh reach the girl who did the disease project.



Read Users' Comments ( 8 )



Time aku kecik, aku ikut kak aku pegi beli majalah REMAJA and DINAMIK. Ntah apa mimpi dia time tu, dia nak blanja aku buku or komik. Then pilih punya pilih, aku tertarik dengan komik under ComicHouse yang ada gambar budak baju oren ada ekor dengan naga. And start dari era tu la, aku gila dengan komik ciptaan Akira Toriyama yang di panggil DRAGONBALL. (Mutiara Naga edisi melayu)

Aku jatuh cinta dengan Goku and kerekter2 dalam crita tu, and jalan crita dia, kuasa2..ishh.. kalau zaman tu.. memang terbaik. No wonder ia terkenal di seluuuruhh dunia (guna intonasi Naqiu dalam iklan filem Boboi The Movie). Dan aku percaya, semua diehard fanz berharap dapat tengok cerita ni beraksi sebagai filem. Dan ada orang yang prihatin, decide nak buat dragonball. Berita baik kat semua die hard fanz di seluuruuhh dunia (sekali lagi). Maka terhasil lah... DRAGONBALL EVOLUTION.. yang sangatttttt.............. SUCKS !.

Mac 15. Impian waktu kecil aku and semua die hard fanz musnah sekelip mata dalam sejam setengah camtu. No offence, worst comic adaptation film ever untuk 2 3 tahun ni. tak dapat digambarkan betapa kecewanya aku dengan filem ni (sampai aku prefer letak pic dragonball tanpa watak kat atas). Memang sangat kecewa sampai menyumpah2 keluar panggung. Eh tak, time tengok pun dah menyumpah2 dalam hati. Sebab this is dragonball.. bukan sang wira. salah satu saga komik yang terbaik. Malangnya, filem ni rosakkannya dengan sekelip mata. Despite dari effect yang tak nafi Hollywood yang otai buat.. selain dari tu.. semua aku consider.. NEGATIVE !

- Character takdak lansung yang similiar even aku agak tertarik dengan chi chi versi hot chick.
- Semua character boring especially GOKUUU !!!
- Actor Goku tak reti blakon, part emo tak pandai nk feel and part2 lain lagi. Masalahnya Justin Chatwin belakon dgn baik dalam War of the world dan invisible. Jadi Goku = Super Sucks.
- Goku = p kolej, betumbuk dgn bullies, pastu suka flirt. What the heck. Setahu aku, Goku buta cinta, and 1+1 pun tak tau jawapan.
- Kurin and Pilaf xde. padahal watak penting.
- Red Ribbon x dak.
- Yamcha x tau bertumbuk.
- Bulma dah macam Lara Croft.
- Roshi x cukup pervert.
- dragonball di cipta oleh para2 monk tahap dewa. Bukan Namekian.
- Kerekter Pikor dah macam villian star trek. pastu dialog sikit plus peranan lemah.
- Naga dragonball pendek and x bleh cakap.
- Oozaru (jelmaan king kong Goku) buruk and size tahap wrestler big show.
- Fight last boring.
- Kamehameha final amatlah.. thats it?...........

Conclusion dia : Sampah x 8 !!!!. Sapa yang sayang duit, jangan tgk wayang. Beli la dvd. Kalau x nak merana macam aku. Aku harap, semoga ada orang lain yang nak buat remake filem ni and buat lebih better dengan tak tukar banyak benda penting and tak sepatutnya. Semua fanboys mengharap sesangat. Because we care. Even Goku care. Kerana Dragonball ada 7 biji semuanya.




Read Users' Comments ( 2 )

In Loving Memory



"Ni gambar mak masa kat Singapore. Yang ni pulak kat Melaka". Ada la dalam 20 keping gambar percutian mak aku yang dia jarang tunjuk. Cuma lepas tengok cerita melancong kat channel oasis smalam, terus tergerak hati nak cari balik gambar2 percutian lama beliau. Rupanya dah banyak tempat dia p melancong. Aku ja yang tersadai kat sini. (Aku cuma teringin nak p Jepun. Yes, Jepun.)

Dalam bungkusan plastik yang penuh dengan album mini and foto2 x tersusun tu, ada satu album mini lama yang agak dah berkulat. And ada satu gambar ni yang buat aku rasa.. sebak sangat bila tengok. Sebijik rumah yang dh bertahun lamanya aku x tengok. Aku belek setiap inci gambar tu sambil terngiang2 kenangan aku merajuk sebab tak dapat coklat, lari belakang rumah sebab x mau mandi, tingkat atas rumah yang aku cukup takut nak naik sebab ada rasa seram semacam and gambar besar Tun Abdul Razak yang time tu aku rasa seram gila tgk gambar tu, tidur dekat bilik yang sampai sekarang aku still boleh ingat bau cadar, selimut and papan dinding bilik tu. Dan paling aku tak boleh lupa, laman depan rumah yang lapang di mana aku habiskan masa kecilku mengasah bakat yang aku ada sekarang. ya, sebuah canvas lukisan paling besar dalam sejarah hidup aku. And aku pasti dah beratus coretan dari gambar rama2 sampai la satu pasukan khas flashman yang pose x ubah macam orang-orang (time tu la, blum pro). Jadi, boleh dikatakan ni salah satu titik permulaan bakat yang Allah anugerahkan untuk aku.

Dan skarang ni, rumah tu dah tak ada (dirobohkan kerana masalah tanah). Penghuni tetap rumah tu pun dah tak ada. Dan aku amat rindukan insan itu yang aku cukup kagum dengan segala-galanya tentang dia. Kami semua rindukan dia. Yang tinggal cuma kenangan yang aku tak akan ganti walau dengan harta dunia. Penghuni dan rumah usang yang nampak rapuh tu akan aku dan abdul rashid abdul raman akan kenangkan sampai Allah keluarkannya dari ingatan kami.

Tok.. kami teramat rindukan tok. Semoga roh tok ditempatkan bersama orang2 yang beriman.



Read Users' Comments ( 6 )

Show Me The Money



Baki wang anda : RM70. Yes, aku paling tak gemar bila resit keluar dari ATM pas draw duit berada bawah kadar RM100. menandakan aku amat sengkek, takleh beli komik, and takleh singgah 7-11 beli coklat or other addicted junk food. Lagi satu fenomena yg tak gemar adalah time menerima text messege dari telecomunication sompany berbunyi : Tempoh kredit anda hampir tamat. Tapi tak lagi. Sebab sekarang text msg tu akan diganti dangan benda yang lebih menyakitkan hati. Bil talipon.

Berbalik pada isu duit yang hampir hilang dari simpanan. Aku agak gusar sebab gaji bulan ni tak masuk. Macam mana nak cover bil this and that, insuran etc. Keja yang aku normally buat x masuk lansung bulan ni. Tapi aku ada amik job komik yang.. urghh.. tertekan nk buat. Sebab masa. And aku brani jamin, tak akan siap mid februari. Dgn status aku yang malas, pressure sana sini, and yes paling ketara, duit takdak. Komitmen lari terus. So buat rakan2 yang dihargai, jangan la jadi macam aku yang 24/7 malas. Tunggu treasure chest jatuh depan mata. Pastu nak kaya dengan cara mudah. Hargailah kerja yang korang buat sekarang. Dan yang paling penting, buat adik2 yang dibelai manja, jangan lah jadi freelancer kalau mental and jasad tak prepare secukupnya. Youre guys might end up stick yourself on the wall.


Read Users' Comments ( 4 )

2009



2009. Um.. aku sbnarnya x tau nk taip apa since benda ni probably ada kat separuh personal blog kat muka bumi ni. And kalau aku nk tulis benda yang biasa pun.. probably akan sama dgn separuh lagi isi kandungan blog untuk posting '2009'. Ambik petikan dari blog 'lunchbox' : 2009..soalan klasik tiap tahun, apa azam ko tahun nie ? So aku skip soalan tu.

Aku just nak wish Salam Maal Hijrah and Selamat Tahun Baru kat semua penduduk muka bumi. Terutama orang islam dan sahabat handai yang berjuang untuk terus hidup dalam dunia yang penuh fasha dan mungkar ni, cewah. Moga tahun 2009 ni akan beri lebih banyak makna pada tahun2 lalu and merubah kita menjadi buruk kepada baik. Baik kepada lebih baik. Dan bersyukur la sebab diizinkan Allah untuk terus bernafas, berpijak di bumi Nya, berdegup jantung sehingga ke hari ini. Dan menghargai hidup ini dengan lebih baik. Ish apsal ucapan aku dah bunyi lain ni. Arghh.

Selamat datang 2009. Selamat tinggal 2008. Kirim salam kat 2007 dan tahun2 yang dah pergi menghilang di arus masa.


Read Users' Comments ( 1 )

First TAG



1 5 Ciri Wanita/Lelaki Idaman Anda :
a) cinta
b) setia
c) bertudung
d) rajin masak/mengemas/memandu
e) jaga diri

2. 5 Wanita/Lelaki Yang Tak Pernah Anda Minati Sepanjang Hidup :
a) Malas
b) kuat merajuk
c) biadap
d) Pengotor (sorry stan, pow jawapan)
e) degil

3. 5 Perasaan Anda Sekiranya Keluar Dengan Orang Yang Minati :
a) gembira <-- jawapan punya la tipikal
b) speechless and redundant
c) agak segan
d) tak dak hala tuju
e) Takut (pow jawapan stan lagi)

4. 5 Tempat Istimewa Yang Ingin Dilawati Bersama Pasangan Anda :
a) tanah suci
b) jepun
c) alexandria
d) paris/london
e) syurga

5. 5 Barangan/Sesuatu Istimewa Yang Akan Anda Hadiahkan Kepada Dia :
a) ciuman (bila dah sah)
b) cincin
c) tudung
d) baju kurung
e) diri sendiri yang tak ada nilai

6. Tajuk Lagu Yang Akan Anda Nyanyikan Untuk Pasangan Anda..
a) sempurna - andra and the backbone
b) glory of love - peter cefera
c) its your love - gils ofarim
d) ruang rindu - letto
e) lagu kita - aizat

7. Rakan Yang Anda Tag Dan Mahu Mereka Buat tag ini
a) stan (dah buat)
b) Shooke (dah buat)
c) madd
d) jenny
e) acit

p/s : first time di tag. out of date nya aku.


Read Users' Comments ( 2 )

Monster



One time in my life
I lost myself
And you were there by my side
I needed you there
But I didn't know
What I become

Inside, I am a monster
Inside, I'm a disaster
Inside, it's getting colder
But I won't go
Until I say goodbye...

I just couldn't see
All the hidden tears
That you kept crying for me
Now I want you back
But you can't see
How you believe

Inside, I am a monster
Inside, I'm a disaster
Inside, it's getting colder
But I won't go
Until I say goodbye, goodbye, goodbye...

Inside, I am a monster
Inside, I'm a disaster
Inside, I'm still a monster
But I won't go this way
No I won't go this way..
.

------------------------------------------------------
Im sorry. Ive made a mistake, but im too ego and stupid to admitted. Yet im avoiding you like im not supposed to. Im sorry. For the way i am. For the monster ive become.


Read Users' Comments ( 2 )

Wake The Dead



Aku buat lagi. malas update. kali ni lagi teruk. berbulan2. Bila aku start open notepad, jadi numb. Tak tau nk tulis apa. (Because writing isnt my expertise. Yes it is). Jadi bila nak mula balik, mula la banyak benda yang aku dh miss untuk luahkan. Nk mula first paragraph pun jadi kelam seolah-olah lidah kelu. Tapi bila ramai yang mengherdik, 'ada blog tapi tak update.. apa kejadahnya'. So here i am. Back from nowhere memaksa2 diri menulis. Aku takde spesific tajuk untuk diletakkan. So nk cover balik apa yg dah jadi macam tak penting je. So takyah la kot.

Selalunya aku memang takdak idea memandangkan ni bukan proper blog yang ada certain topic utk di bincang or cerita kat umum. Lebih kepada kertas conteng yang takdak hala tuju and sekadar kuis2 guna pensil kemudian masuk tong sampah. Blog ni pun macam ni la agaknya. Tapi kekadang tu terasa bersemangat jugak bila tgk blog kawan2 yang berapi menge'post' topik tetiap mingu, tiap2 hari pun ada, yang sebulan skali pun ada, tp better la dr aku yang dh mcm nak cukup setahun. But bila nak start karang, habis blank. So mcm ni la jadinya blog aku. Labah2 buat komuniti. So untuk rakan2 blog yang rajin update cam stan, shooke, jenny, jiji (btw, tahniah kerana bakal bergelar ibu), teruskan la update blog2 kalian yang sejujurnya menjadi tatapan aku setiap hari bila open pc n sblum buat keja (siyes).

So boiz and galz, slalu2 la buat topik2 hangat kasik aku membara nk update jugak. (membaraaaaa!!!)


Read Users' Comments ( 2 )


Tanggal 29hb, aku kehilangan salah satu benda berharga yang aku baru cadang nk tukar baru. bukan bidadari idaman, tapi henset yang aku kumpul duit gaji selama 3 bulan untuk beli. Samsung E870 aku hilang di telan orang ramai. Tapi yang amat menyedihkan aku, bukanlah si henset itu seniri, tetapi phonebook aku yg dipenuhi nombo2 sahabat2 handai yang antaranya mustahil aku dpt peroleh lagi. Dengan kecewa aku menyumpah seranah mereka yang jumpai henset aku tp takde sifat budiman nak pulangkan balik (even dh yakin, henset kalau jilang, 100% x akan dpt balik).

Jadi, tamatlah riwayat henset aku yang berjasa selama hampir 3 tahun lebih. Kepada yang menjumpainya, moga2 anda akan merana kerna aku dah menyumpah henset tu seperti mana sumpahnya spare part little bast*rd james dean yang membunuh setiap orang yang memilikinya. Ok, time untuk kumpul duit balik, new henset !!

(Henset hilang pun nak cerita kat orang. Poyo punya sly)


Read Users' Comments ( 3 )



Aku tahu sembunyi bukan perkara yang sepatutnya aku buat sekarang. tapi aku masih kalah dengan ego aku sebagai lelaki. Aku tewas dengan diri jahil aku yang terlalu memilih, terlalu meminta. Aku menyesal dengan tindakan aku. Aku terlalu kejam dengan apa yang aku selalu buat. Aku masih malu untuk munculkan diri. Aku teramatlah sedih dengan apa yang telah terjadi.

Dalam diam aku bersuara, 'maafkan aku atas segalanya'. Dalam hampa aku berbisik, 'maafkan aku kerna terlalu meminta'. Dalam gelap aku menangis, 'maafkan aku yang terlalu banyak kelemahannya. Dalam sunyi aku merayu, 'maafkan aku kerna terlalu menyintaimu'.

Aku terlalu rindukan dia.


--------------------------------------------------------

I miss feeling you there by my side
And I miss holding you close in the night
I miss things that we used to do
And I miss you

And I’m sure there are moments when you start to think about me
And I’m sure there are moments when you start to think about me

I’ve been thinking the things that I’ve said
And I’ve seen the reason that you may have left
I hear songs that remind me of you
And I miss you

And I’m sure there are moments when you start to think about me
And I’m sure there are moments when you start to think about me

so you know i still miss you
so im sure you miss me too


Read Users' Comments ( 6 )

Bring Me To Life


'Kamon sly.. bila ko nak update blog ko nih'. Itu la antara puluhan komen yang aku dapat semenjak kali terakhir aku post sesuatu kat blog aku. Aku bukan penulis yang baik. Bukan jugak orang yang gemar menulis. Dan pastinya bukan jenis orang yang pandai cari cerita untuk buat topik. Aku tak tahu apa untuk di tulis. Aku takde idea nk mencoret apa. Walhal setiap hari aku check blog aku. Untuk tengok kalau ia ter update seniri agaknya. AKu mengharapkan satu penulisan yang boleh di terima orang. AKu mencari cerita yang aku boleh kongsi untuk semua dan bukan sekadar cerita yang tak ada nilai untuk orang lain ketahui. Aku mencari cara menulis sesuatu yang lain dari cerita hidup aku yang penuh masalah ni. Tapi aku x jumpa semua tu. Jadi aku minta maaf buat kawan2 yang rasakan aku masih menjaja cerita yang tiada harga and basi untuk kalian. Ini saja yang aku ada. Buat masa ni. Mungkin.

Hidup aku.. masih macam tahun lepas. Masih seorang yang malas. Masih seorang yang ingin kesenangan dunia tanpa usaha. Masih punya impian yang tinggi. Dan masih mencari diri sendiri yang hilang atau mungkin tak pernah dijumpai. Ibu ayah dah mulai pertikai kerjaya aku. Aku mula dihimpit antara menjadi biasa dan luar biasa. Aku cuba untuk terus di tapak mencari rezeki aku yang sekarang ni. Moga2 apa yang aku usahakan x sia-sia.

Hidup kita tak pernah sempurna. Impian dan kehendak tak akan datang tanpa usaha. Dan aku tahu tentang tu tapi masih di telekuk diri aku yang masih lena. Dan aku juga cuba untuk jadi orang yang lebih baik dari diri aku sebelum ni. Aku mahu lebih usaha. Aku nak bangun dari diri lama aku. Aku nak cari matlamat hidup aku. Aku nak keluarga bangga dengan aku. Begitu jugak dengan si dia yang aku cuba elak sejak akhir2 ni. Maafkan aku.

Tentang kesihatan, aku tanak cerita pasal tu. Mungkin kelak. Maafkan aku sebab tak dapat post gambar2 Rantai07 tahun lepas. Dan aku akan usaha untuk kerap update blog ni utk mereka yang tak jemu betandang ke laman muka blog aku yang semakin tampak hambarnya ni. Hidup ni terlalu indah. Cuma ada sedikit kesukaran untuk kita genggam perkara yang kita mahu. Bangunkan aku.

---------------------------------------------

life is beautiful

but it's complicated
we barely make it

we don't need to understand

there are miracles
miracles...



Read Users' Comments ( 0 )

Im no Workaholic


Minggu ni adalah minggu yang agak perit. Aku terpaksa siapkan 2 kerja untuk 2 group yang aku join. Gravyz untuk Comic Fiesta, and 84cube untuk Rantai. So kelam kabut sket. So far aku rasa aku still boleh manage. But work2 yang dh siap.. kualiti amatlah tahi skali. Betul la kata orang, buat keja last minit, hasil pun macam sampah. Tapi ni lah keja yang aku buat. Lukis dan men design. Walaupun aku rasa, word design dah makin fade away dari kebolehan aku. Bila aku mula nak buat design, aku tak dapat fikir apa pun. Rasanya aku betul2 semakin hilang kebolehan mendesign ni. Apa yang Tuhan beri akan Dia ambil balik bila kita tak pandai hargai pemberianNya. BUt aku harap dia tak ambik kebolehan melukis aku kerna tu ja benda yang aku boleh buat skrang untuk cari makan.

Next week, aku akan ke KL. 2 Event. So harap semua berjalan lancar and dapat spent sket masa dengan kawan2 (indeed, aku jadi x siuman sebab takde member kat sini, sampai ikan pun aku bantai ajak sembang). Aku rindu kalian. Aku rindu sembang tentang masa lalu. Aku rindu minum milo ais sama2. Aku rindu nk karaoke (ye la tu). Aku rindu segala-galanya tentang kawan. InsyaAllah kalau ada rezeki, aku sumbat gambar2 event pas aku balik nanti.

Currently listening back to 'Work' by Jimmy Eat World.


Read Users' Comments ( 1 )

Tunnel


As days goes by.. its been a while. Tatkala aku menyemak semula tarikh terakhir aku update blog ni.. terasa amat jauh skali. Jarak masa untuk aku mula menabur kata-kata semula di sini. Aku hilang antara masa itu dan ini.. 1 dan 2.. titik pertama dan titik terakhir.. dan di antara jarak masa itu jugak aku hilang dlm diri. Hilang dari semua. Hilang dari kebenaran. Aku jatuh ke bawah. Ke alam kegelapan yang aku cuba tidur untuk tidak bergerak dan berfikir apa-apa. Setelah beban jatuh ke bahu bertalu-talu seolah2 mengejek 'mampukah kamu menanggung aku?. Mampukah aku?. Dan pada waktu itu juga aku tenggelam dalam gelap dan hindari diri dari mata dunia.

Kini aku mula dapat membuka mata. Merangkak mencari cahaya untuk keluar dari gelap. Melalui terowong sunyi yang hanya ditemani cahaya kecil yang tak pernah jemu menjemput aku bangun semula. Kini aku mula stabilkan hidup aku. Beban dunia diri, cinta, kerja, dan hidup. Aku cuba untuk harunginya sekali lagi. Demi mereka yang tak pernah jemu memanggil nama aku, memimpin aku, menghulur tangan buat aku. Kepada rakan-rakan dan mereka yang aku hargai dan sayangi, maafkan aku kerna hilang dari mata kamu semua, aku akan cuba untuk terus merangkak, menghargai kamu semua semula.. menghargai masa yang ada.. menghargai si dia yang aku tak pernah jemu mencintai...

...melalui terowong gelap dan sunyi.. aku cuba mencari semula diriku yang telah hilang di mamah waktu dan cinta duniawi.

---------------------------------------------------

I set out alone,
Crawl through the tunnel,
My eyes can hardly see the other side,
No longer cold,
Or feeling in trouble,
I realize that I am just alive....
So let it shine,

Cause we are, the light in the tunnel,
We are the living and dying,
See how we are, alone in the world,
We are the light in the tunnel,
That's all.....

'Tunnel' by The USED.


Read Users' Comments ( 0 )

Sebelum Cahaya


Kita menutup mata. kita bangga dengan apa yang kita ada. Kita lupakan DIA yang ciptakan kita. Beri nyawa.. pinjamkan jasad.. Kita lali dengan duniawi. Kita rela biarkan diri ditenggelami gelap. Kita jauhkan diri dengan cahaya.. dan juga DIA.

Semalam.. Tuhan tunjukkan aku kekuasaanNya. Tuhan buatkan aku nampak tentang kesedaran.. tentang agama.. tentang keinsafan.. tentang kembali kepada yang benar. Seorang kenalan aku yang aku anggap sahabat.. minta aku untuk tunjukkan dia smula jalan yg benar. Minta aku bawa dia semula ke jalan yang diredhai. Aku gembira tatkala si dia yang selama ni sibuk dengan hal duniawi, meminta sedikit jasa utk bawa dia pulang ke arah yang benar. Aku bantu sedaya mampu memandangkan aku akui diri aku jugak tak pernah sentiasa ingati DIA.. tak pernah cukup untuk bergelar hambaNYA. Namun aku bersyukur.. Tuhan buka hati beliau (si sahabat) utk kembali menyeru seruanNYA. Dan sekaligus mengingatkan aku tentang terus menunaikan perintah.. dan terus kagumi kekuasaan dan keagunganNYA.

Moga dia (si sahabat) akan terus berada dijalan ini buat selamanya.. terus sujud untuk NYA.. terus kekal ibadahnya.. terus lebih dampingi diri kepada NYA.. terus menjadi hambaNYA yang sebenar. Moga pintu hatinya (si sahabat) terus terbuka untuk Tuhan yang Maha Esa. Moga TUhan jugak membuka pintu hati ku.. untuk terus beribadah padaNYA.. dan mengizinkan hati ini menerima nya (si tercinta) semula..

--------------------------------------------------------

Ingatkan engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkan engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu...
cinta..



Read Users' Comments ( 1 )



I hate the way you talk to me, and the way you smile.

cause it makes me feel like only want to listen to you for the rest of my life.
I hate the way you ride with me.
cause it made me think im the only luckiest man alive when u hug me.
I hate it when you stare.
it makes me weak and melt in front of you
I hate your lame cellphone sound, and the way you read my mind.
cause it really made me feel that youre around
I hate you so much it makes me sick; it even makes me rhyme.
even thou i never understand what the 'hate' word means
I hate the way you're always right.
cause you really do
I hate it when you lie.
cause it seriously hurt so much, especially from you
I hate it when you make me laugh, even worse when you make me cry.
youre the only one who capable to do that both all the time
I hate it when you're not around, and the fact that you didn't call.
thats when i feel the most emptiness moment in my life
But mostly I hate the way I don't hate you.
Not even close, not even a little bit, not even at all.

(Originally from '10 Things I Hate About You' movie but ive made some edit to it)



Read Users' Comments ( 2 )


1hb September 2007. Terikatlah sudah hubungan suami isteri buat Muhd Jamal sahabat sehidup sematiku.. bersama wanita pilihannya.. Siti Khadijah. Akhirnya, setelah bertembung dengan berbagai2 dugaan dan halangan ribut dalam hubungan, mereka berjaya akhirinya dengan baik. Alhamdulillah. Agak sedih sbnarnya bila sahabat baik yg sama2 berendam lumpur, di denda mak ayah sebab balik lewat, dan lain2 memori yang x dilupakan.. akan menjadi org lain kelak. Tak dapat karaoke skali.. tak dapat mandi sungai skali..

Tapi.. aku juga penuh gembira tak terkata.. sebab dia berjaya tawan hati si dia, yang paling dia mahukan dalam hidupnya. Jadi, tahniah buat kamu Madd. Moga kamu masih orang yang sama dan kekal selamanya. Jaga si dia dengan baik kerna dia adalah separuh hidup kamu sekarang.

Madd :
aku mmg terharu hang dapat mai, sampai 3 malam lak tu

Aku : theres a dark time of my life.. where i need a smile and a hand to pull me back up again.. as i struggle to see how im drowning into the darkness of pain.. as im about to give up on evrything.. thats when i saw u.. sit beside me.. smiling with a lot of hope.. offered your friendship hands that make me alive and stand again.. so if u tell me what i did to u 3 days ago.. it cant compare how much u did to my life that time and all the rest of my life..a thousand thank u still wont repay what u have done so much in my entire life


Read Users' Comments ( 1 )

Aku Ingin Pulang


Kemanapun aku pergi
Bayang - bayangmu mengejar
Bersembunyi dimanapun
Selalu engkau temukan
Aku merasa letih dan ingin sendiri
Ku tanya pada siapa
Tak ada yang menjawab
Sebab semua peristiwa
Hanya di rongga dada
Pergulatan yang panjang dalam kesunyian

Aku mencari jawapan di laut
Kuseret langkah menyusuri pantai
Aku merasa mendengar suara
Menutupi jalan
Menghentikan petualangan

Kemanapun aku pergi
Selalu ku bawa - bawa
Perasaan yang bersalah datang menghantuiku
Masih mungkinkah pintumu ku buka
Dengan kunci yang pernah kupatahkan
Lihatlah aku terkapar dan luka
Dengarkanlah jeritan dari dalam jiwa

Aku ingin pulang...
Aku harus pulang...


Read Users' Comments ( 1 )

D'oh!



Org kunin? tu la antara persoalan pertama masa aku kenal Simpsons. Dan sejak tu..aku mula layan kerenah keluarga kulit kuning ni. And tanpa sedar2.. siri dia dah mencapai 18 musim dengan kuantiti 400 episod. Banyak tu. Matt Groening mmg dewa habis buat crita katun lawak. Tengok je contoh crita Futuruma yg lawak tahap adabi tu.
Ok bebaru ni, dunia filem dilanda The Simpsons Movie yg berjaya kalahkan pirate of carribean 3 dan spiderman 3 di awal minggu. And ia mmg menakjubkan. Di kala semua studio animasi terkenal sibuk bikin animasi 3D.. diorang still state dgn style 2D (ada gak sket2 3D cell shading). And overall.. memang bunuh diri punya lawak. makan kurang hajar and makin serius. Rasanya just beberapa minit ja jiwa aku tenang dr gelak. Yang lain penuh ngan humor yg mmg sakit perut nak gelak. Bayangkan.. belum lagi habis gelak satu lawak tu.. dah datang lawak lain. Sampai kan starting waktu logo 20th century tu pn dh di bantainya lawak. Dan ia.. aku amatlah puas hati, even tension gila tengok aksi bodoh n tingkah laku Homer yg tak penah2 nak berubah. jadi.. bagi mereka yg minat gila crita ni.. pegi la tgk. Utk yg tension ngan life pon.. pi la tgk jugak. Sbb 100% klua panggung puas hati. Touche' !!


Read Users' Comments ( 0 )

Die Pokopen !!



Again.. lately aku teramatlah busy dgn keja. Campur aduk pkara2 life lagi. So mcm yg sebelum ni.. dh tulis punya lama.. but baru nak post. Aku jadi malas nak bukak and post.. knapa tah.
Topik kali ni tak ada apa sngt. Cuma nak tayang figure baru. Aku beli awal bulan lepas. 100 lebih kat Toy's R Us. First time tgk sarjan keroro naik mobile suit dia.. aku dh teruja nak beli.. then bila dah ada duit.. dah habis dijual, camtu la selalu. Then tetiba masa jenguk2 Toy's R Us aritu.. ada plak jual satu set. Rembat terus. Nak beli satu2 memang nangis aa.. bkn nangis price.. tp lokasi. Jadi itulah dia. Kawaii (cute) tak?


Read Users' Comments ( 1 )