Tanggal 29hb, aku kehilangan salah satu benda berharga yang aku baru cadang nk tukar baru. bukan bidadari idaman, tapi henset yang aku kumpul duit gaji selama 3 bulan untuk beli. Samsung E870 aku hilang di telan orang ramai. Tapi yang amat menyedihkan aku, bukanlah si henset itu seniri, tetapi phonebook aku yg dipenuhi nombo2 sahabat2 handai yang antaranya mustahil aku dpt peroleh lagi. Dengan kecewa aku menyumpah seranah mereka yang jumpai henset aku tp takde sifat budiman nak pulangkan balik (even dh yakin, henset kalau jilang, 100% x akan dpt balik).

Jadi, tamatlah riwayat henset aku yang berjasa selama hampir 3 tahun lebih. Kepada yang menjumpainya, moga2 anda akan merana kerna aku dah menyumpah henset tu seperti mana sumpahnya spare part little bast*rd james dean yang membunuh setiap orang yang memilikinya. Ok, time untuk kumpul duit balik, new henset !!

(Henset hilang pun nak cerita kat orang. Poyo punya sly)


Read Users' Comments ( 3 )



Aku tahu sembunyi bukan perkara yang sepatutnya aku buat sekarang. tapi aku masih kalah dengan ego aku sebagai lelaki. Aku tewas dengan diri jahil aku yang terlalu memilih, terlalu meminta. Aku menyesal dengan tindakan aku. Aku terlalu kejam dengan apa yang aku selalu buat. Aku masih malu untuk munculkan diri. Aku teramatlah sedih dengan apa yang telah terjadi.

Dalam diam aku bersuara, 'maafkan aku atas segalanya'. Dalam hampa aku berbisik, 'maafkan aku kerna terlalu meminta'. Dalam gelap aku menangis, 'maafkan aku yang terlalu banyak kelemahannya. Dalam sunyi aku merayu, 'maafkan aku kerna terlalu menyintaimu'.

Aku terlalu rindukan dia.


--------------------------------------------------------

I miss feeling you there by my side
And I miss holding you close in the night
I miss things that we used to do
And I miss you

And I’m sure there are moments when you start to think about me
And I’m sure there are moments when you start to think about me

I’ve been thinking the things that I’ve said
And I’ve seen the reason that you may have left
I hear songs that remind me of you
And I miss you

And I’m sure there are moments when you start to think about me
And I’m sure there are moments when you start to think about me

so you know i still miss you
so im sure you miss me too


Read Users' Comments ( 6 )

Bring Me To Life


'Kamon sly.. bila ko nak update blog ko nih'. Itu la antara puluhan komen yang aku dapat semenjak kali terakhir aku post sesuatu kat blog aku. Aku bukan penulis yang baik. Bukan jugak orang yang gemar menulis. Dan pastinya bukan jenis orang yang pandai cari cerita untuk buat topik. Aku tak tahu apa untuk di tulis. Aku takde idea nk mencoret apa. Walhal setiap hari aku check blog aku. Untuk tengok kalau ia ter update seniri agaknya. AKu mengharapkan satu penulisan yang boleh di terima orang. AKu mencari cerita yang aku boleh kongsi untuk semua dan bukan sekadar cerita yang tak ada nilai untuk orang lain ketahui. Aku mencari cara menulis sesuatu yang lain dari cerita hidup aku yang penuh masalah ni. Tapi aku x jumpa semua tu. Jadi aku minta maaf buat kawan2 yang rasakan aku masih menjaja cerita yang tiada harga and basi untuk kalian. Ini saja yang aku ada. Buat masa ni. Mungkin.

Hidup aku.. masih macam tahun lepas. Masih seorang yang malas. Masih seorang yang ingin kesenangan dunia tanpa usaha. Masih punya impian yang tinggi. Dan masih mencari diri sendiri yang hilang atau mungkin tak pernah dijumpai. Ibu ayah dah mulai pertikai kerjaya aku. Aku mula dihimpit antara menjadi biasa dan luar biasa. Aku cuba untuk terus di tapak mencari rezeki aku yang sekarang ni. Moga2 apa yang aku usahakan x sia-sia.

Hidup kita tak pernah sempurna. Impian dan kehendak tak akan datang tanpa usaha. Dan aku tahu tentang tu tapi masih di telekuk diri aku yang masih lena. Dan aku juga cuba untuk jadi orang yang lebih baik dari diri aku sebelum ni. Aku mahu lebih usaha. Aku nak bangun dari diri lama aku. Aku nak cari matlamat hidup aku. Aku nak keluarga bangga dengan aku. Begitu jugak dengan si dia yang aku cuba elak sejak akhir2 ni. Maafkan aku.

Tentang kesihatan, aku tanak cerita pasal tu. Mungkin kelak. Maafkan aku sebab tak dapat post gambar2 Rantai07 tahun lepas. Dan aku akan usaha untuk kerap update blog ni utk mereka yang tak jemu betandang ke laman muka blog aku yang semakin tampak hambarnya ni. Hidup ni terlalu indah. Cuma ada sedikit kesukaran untuk kita genggam perkara yang kita mahu. Bangunkan aku.

---------------------------------------------

life is beautiful

but it's complicated
we barely make it

we don't need to understand

there are miracles
miracles...



Read Users' Comments ( 0 )

Im no Workaholic


Minggu ni adalah minggu yang agak perit. Aku terpaksa siapkan 2 kerja untuk 2 group yang aku join. Gravyz untuk Comic Fiesta, and 84cube untuk Rantai. So kelam kabut sket. So far aku rasa aku still boleh manage. But work2 yang dh siap.. kualiti amatlah tahi skali. Betul la kata orang, buat keja last minit, hasil pun macam sampah. Tapi ni lah keja yang aku buat. Lukis dan men design. Walaupun aku rasa, word design dah makin fade away dari kebolehan aku. Bila aku mula nak buat design, aku tak dapat fikir apa pun. Rasanya aku betul2 semakin hilang kebolehan mendesign ni. Apa yang Tuhan beri akan Dia ambil balik bila kita tak pandai hargai pemberianNya. BUt aku harap dia tak ambik kebolehan melukis aku kerna tu ja benda yang aku boleh buat skrang untuk cari makan.

Next week, aku akan ke KL. 2 Event. So harap semua berjalan lancar and dapat spent sket masa dengan kawan2 (indeed, aku jadi x siuman sebab takde member kat sini, sampai ikan pun aku bantai ajak sembang). Aku rindu kalian. Aku rindu sembang tentang masa lalu. Aku rindu minum milo ais sama2. Aku rindu nk karaoke (ye la tu). Aku rindu segala-galanya tentang kawan. InsyaAllah kalau ada rezeki, aku sumbat gambar2 event pas aku balik nanti.

Currently listening back to 'Work' by Jimmy Eat World.


Read Users' Comments ( 1 )

Tunnel


As days goes by.. its been a while. Tatkala aku menyemak semula tarikh terakhir aku update blog ni.. terasa amat jauh skali. Jarak masa untuk aku mula menabur kata-kata semula di sini. Aku hilang antara masa itu dan ini.. 1 dan 2.. titik pertama dan titik terakhir.. dan di antara jarak masa itu jugak aku hilang dlm diri. Hilang dari semua. Hilang dari kebenaran. Aku jatuh ke bawah. Ke alam kegelapan yang aku cuba tidur untuk tidak bergerak dan berfikir apa-apa. Setelah beban jatuh ke bahu bertalu-talu seolah2 mengejek 'mampukah kamu menanggung aku?. Mampukah aku?. Dan pada waktu itu juga aku tenggelam dalam gelap dan hindari diri dari mata dunia.

Kini aku mula dapat membuka mata. Merangkak mencari cahaya untuk keluar dari gelap. Melalui terowong sunyi yang hanya ditemani cahaya kecil yang tak pernah jemu menjemput aku bangun semula. Kini aku mula stabilkan hidup aku. Beban dunia diri, cinta, kerja, dan hidup. Aku cuba untuk harunginya sekali lagi. Demi mereka yang tak pernah jemu memanggil nama aku, memimpin aku, menghulur tangan buat aku. Kepada rakan-rakan dan mereka yang aku hargai dan sayangi, maafkan aku kerna hilang dari mata kamu semua, aku akan cuba untuk terus merangkak, menghargai kamu semua semula.. menghargai masa yang ada.. menghargai si dia yang aku tak pernah jemu mencintai...

...melalui terowong gelap dan sunyi.. aku cuba mencari semula diriku yang telah hilang di mamah waktu dan cinta duniawi.

---------------------------------------------------

I set out alone,
Crawl through the tunnel,
My eyes can hardly see the other side,
No longer cold,
Or feeling in trouble,
I realize that I am just alive....
So let it shine,

Cause we are, the light in the tunnel,
We are the living and dying,
See how we are, alone in the world,
We are the light in the tunnel,
That's all.....

'Tunnel' by The USED.


Read Users' Comments ( 0 )

Sebelum Cahaya


Kita menutup mata. kita bangga dengan apa yang kita ada. Kita lupakan DIA yang ciptakan kita. Beri nyawa.. pinjamkan jasad.. Kita lali dengan duniawi. Kita rela biarkan diri ditenggelami gelap. Kita jauhkan diri dengan cahaya.. dan juga DIA.

Semalam.. Tuhan tunjukkan aku kekuasaanNya. Tuhan buatkan aku nampak tentang kesedaran.. tentang agama.. tentang keinsafan.. tentang kembali kepada yang benar. Seorang kenalan aku yang aku anggap sahabat.. minta aku untuk tunjukkan dia smula jalan yg benar. Minta aku bawa dia semula ke jalan yang diredhai. Aku gembira tatkala si dia yang selama ni sibuk dengan hal duniawi, meminta sedikit jasa utk bawa dia pulang ke arah yang benar. Aku bantu sedaya mampu memandangkan aku akui diri aku jugak tak pernah sentiasa ingati DIA.. tak pernah cukup untuk bergelar hambaNYA. Namun aku bersyukur.. Tuhan buka hati beliau (si sahabat) utk kembali menyeru seruanNYA. Dan sekaligus mengingatkan aku tentang terus menunaikan perintah.. dan terus kagumi kekuasaan dan keagunganNYA.

Moga dia (si sahabat) akan terus berada dijalan ini buat selamanya.. terus sujud untuk NYA.. terus kekal ibadahnya.. terus lebih dampingi diri kepada NYA.. terus menjadi hambaNYA yang sebenar. Moga pintu hatinya (si sahabat) terus terbuka untuk Tuhan yang Maha Esa. Moga TUhan jugak membuka pintu hati ku.. untuk terus beribadah padaNYA.. dan mengizinkan hati ini menerima nya (si tercinta) semula..

--------------------------------------------------------

Ingatkan engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkan engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu...
cinta..



Read Users' Comments ( 1 )



I hate the way you talk to me, and the way you smile.

cause it makes me feel like only want to listen to you for the rest of my life.
I hate the way you ride with me.
cause it made me think im the only luckiest man alive when u hug me.
I hate it when you stare.
it makes me weak and melt in front of you
I hate your lame cellphone sound, and the way you read my mind.
cause it really made me feel that youre around
I hate you so much it makes me sick; it even makes me rhyme.
even thou i never understand what the 'hate' word means
I hate the way you're always right.
cause you really do
I hate it when you lie.
cause it seriously hurt so much, especially from you
I hate it when you make me laugh, even worse when you make me cry.
youre the only one who capable to do that both all the time
I hate it when you're not around, and the fact that you didn't call.
thats when i feel the most emptiness moment in my life
But mostly I hate the way I don't hate you.
Not even close, not even a little bit, not even at all.

(Originally from '10 Things I Hate About You' movie but ive made some edit to it)



Read Users' Comments ( 2 )