Sebelum Cahaya


Kita menutup mata. kita bangga dengan apa yang kita ada. Kita lupakan DIA yang ciptakan kita. Beri nyawa.. pinjamkan jasad.. Kita lali dengan duniawi. Kita rela biarkan diri ditenggelami gelap. Kita jauhkan diri dengan cahaya.. dan juga DIA.

Semalam.. Tuhan tunjukkan aku kekuasaanNya. Tuhan buatkan aku nampak tentang kesedaran.. tentang agama.. tentang keinsafan.. tentang kembali kepada yang benar. Seorang kenalan aku yang aku anggap sahabat.. minta aku untuk tunjukkan dia smula jalan yg benar. Minta aku bawa dia semula ke jalan yang diredhai. Aku gembira tatkala si dia yang selama ni sibuk dengan hal duniawi, meminta sedikit jasa utk bawa dia pulang ke arah yang benar. Aku bantu sedaya mampu memandangkan aku akui diri aku jugak tak pernah sentiasa ingati DIA.. tak pernah cukup untuk bergelar hambaNYA. Namun aku bersyukur.. Tuhan buka hati beliau (si sahabat) utk kembali menyeru seruanNYA. Dan sekaligus mengingatkan aku tentang terus menunaikan perintah.. dan terus kagumi kekuasaan dan keagunganNYA.

Moga dia (si sahabat) akan terus berada dijalan ini buat selamanya.. terus sujud untuk NYA.. terus kekal ibadahnya.. terus lebih dampingi diri kepada NYA.. terus menjadi hambaNYA yang sebenar. Moga pintu hatinya (si sahabat) terus terbuka untuk Tuhan yang Maha Esa. Moga TUhan jugak membuka pintu hati ku.. untuk terus beribadah padaNYA.. dan mengizinkan hati ini menerima nya (si tercinta) semula..

--------------------------------------------------------

Ingatkan engkau kepada
embun pagi bersahaja
yang menemanimu sebelum cahaya
ingatkan engkau kepada
angin yang berhembus mesra
yang kan membelaimu...
cinta..



1 comments:

shizuru satonaka said...

thanx sly.. thanx sebab ada masa saya memerlukan seseorang untuk membantu saya menemui dia semula..terima kasih kerana kamu telah memimpin tangan saya untuk bawa saya kepada dia semula. saya tidak nampak jalan. tapi saya mahu kesana. terima kasih kerana telah menunjukkan saya jalan kepadaNYA..terima kasih :) jasa kamu ni saya tak mampu balas. biarlah TUHAN memberikan keberkatan kepada kamu sentiasa :) terima kasih sly :)

:devilspade: