In Loving Memory



"Ni gambar mak masa kat Singapore. Yang ni pulak kat Melaka". Ada la dalam 20 keping gambar percutian mak aku yang dia jarang tunjuk. Cuma lepas tengok cerita melancong kat channel oasis smalam, terus tergerak hati nak cari balik gambar2 percutian lama beliau. Rupanya dah banyak tempat dia p melancong. Aku ja yang tersadai kat sini. (Aku cuma teringin nak p Jepun. Yes, Jepun.)

Dalam bungkusan plastik yang penuh dengan album mini and foto2 x tersusun tu, ada satu album mini lama yang agak dah berkulat. And ada satu gambar ni yang buat aku rasa.. sebak sangat bila tengok. Sebijik rumah yang dh bertahun lamanya aku x tengok. Aku belek setiap inci gambar tu sambil terngiang2 kenangan aku merajuk sebab tak dapat coklat, lari belakang rumah sebab x mau mandi, tingkat atas rumah yang aku cukup takut nak naik sebab ada rasa seram semacam and gambar besar Tun Abdul Razak yang time tu aku rasa seram gila tgk gambar tu, tidur dekat bilik yang sampai sekarang aku still boleh ingat bau cadar, selimut and papan dinding bilik tu. Dan paling aku tak boleh lupa, laman depan rumah yang lapang di mana aku habiskan masa kecilku mengasah bakat yang aku ada sekarang. ya, sebuah canvas lukisan paling besar dalam sejarah hidup aku. And aku pasti dah beratus coretan dari gambar rama2 sampai la satu pasukan khas flashman yang pose x ubah macam orang-orang (time tu la, blum pro). Jadi, boleh dikatakan ni salah satu titik permulaan bakat yang Allah anugerahkan untuk aku.

Dan skarang ni, rumah tu dah tak ada (dirobohkan kerana masalah tanah). Penghuni tetap rumah tu pun dah tak ada. Dan aku amat rindukan insan itu yang aku cukup kagum dengan segala-galanya tentang dia. Kami semua rindukan dia. Yang tinggal cuma kenangan yang aku tak akan ganti walau dengan harta dunia. Penghuni dan rumah usang yang nampak rapuh tu akan aku dan abdul rashid abdul raman akan kenangkan sampai Allah keluarkannya dari ingatan kami.

Tok.. kami teramat rindukan tok. Semoga roh tok ditempatkan bersama orang2 yang beriman.



Read Users' Comments ( 6 )

Show Me The Money



Baki wang anda : RM70. Yes, aku paling tak gemar bila resit keluar dari ATM pas draw duit berada bawah kadar RM100. menandakan aku amat sengkek, takleh beli komik, and takleh singgah 7-11 beli coklat or other addicted junk food. Lagi satu fenomena yg tak gemar adalah time menerima text messege dari telecomunication sompany berbunyi : Tempoh kredit anda hampir tamat. Tapi tak lagi. Sebab sekarang text msg tu akan diganti dangan benda yang lebih menyakitkan hati. Bil talipon.

Berbalik pada isu duit yang hampir hilang dari simpanan. Aku agak gusar sebab gaji bulan ni tak masuk. Macam mana nak cover bil this and that, insuran etc. Keja yang aku normally buat x masuk lansung bulan ni. Tapi aku ada amik job komik yang.. urghh.. tertekan nk buat. Sebab masa. And aku brani jamin, tak akan siap mid februari. Dgn status aku yang malas, pressure sana sini, and yes paling ketara, duit takdak. Komitmen lari terus. So buat rakan2 yang dihargai, jangan la jadi macam aku yang 24/7 malas. Tunggu treasure chest jatuh depan mata. Pastu nak kaya dengan cara mudah. Hargailah kerja yang korang buat sekarang. Dan yang paling penting, buat adik2 yang dibelai manja, jangan lah jadi freelancer kalau mental and jasad tak prepare secukupnya. Youre guys might end up stick yourself on the wall.


Read Users' Comments ( 4 )