Pushing Me Away



Kenapa cinta harus datang dengan kecewa, sedih, sakit dan macam-macam lagi perkara yang memeritkan. Bukan niat aku untuk menjaja kesedihan aku atau kisah cinta karat aku. Aku hanya rasa senang hati bila dapat tulis macam ni (walaupun x sesenang mana pun). Jadi pada mereka yang malas nak baca luahan hati busuk dari orang macam aku ni, stop je stakat ni. Then pegi bukak tv layan Janji Diana.

Baru ja brapa minggu aku dapat ketengan dari dia. Memaafkan dan dimaafi. Tapi itulah, Sentiasa dipenuhi hitam dari putih. Belum sempat aku kecapi kegembiraan bercinta, aku di uji lagi dengan dugaan yang begitu memeritkan. Tambahannya apabila aku mempercayainya. Dan dia tidak berpegang pada kata-katanya. Aku tewas. Aku marah. Aku sakit. Aku sedih. Dan sekali lagi aku menjadi manusia yang hilang arah. Aku x dapat terima apa yang dah jadi. Dan dia memilih kehidupan yang aku tak terima. I trusted her. But she always make it hard to be faithful. Aku hampir mempersoalkan, adakah dia untuk aku? adakah aku layak untuk dia?
1 minit aku melihat kegembiraannya dan yang lain hanya kesedihan. Adakah masih aku adalah untuknya?

Aku dah letih. Aku dah seperti hampir ke penghujungnya. Mempertahankan hubungan yang penuh dengan kesedihan berbanding kegembiraan. Aku yang menyakiti. Aku seperti tak sanggup melihat dia menangis lagi. Moga masih ada harapan kelak. Buat masa ini, sedingin hati aku, seperit jiwa aku, aku terus diam membisu. Melawan perasaan kecewa, dan bermati-matian mengharungi duka aku sendiri.

--------------------------------------------------------

Kulepas semua yang kuinginkan
Tak akan kuulangi
Maafkan jika kau kusayangi
Dan bila kumenanti
Pernahkah engkau coba mengerti
Lihatlah ku disini
Mungkinkah jika aku bermimpi
Salahkah tuk menanti

Takkan lelah aku menanti
Takkan hilang cintaku ini
Hingga saat kau tak kembali
Kan kukenang di hati saja

Kau telah tinggalkan hati yang terdalam
Hingga tiada cinta yang tersisa
Di jiwa

+ Listening back to Yang Terdalam by Peterpan


1 comments:

Cool said...

Cinta. Milik Tuhan.