Time aku kecik, aku ikut kak aku pegi beli majalah REMAJA and DINAMIK. Ntah apa mimpi dia time tu, dia nak blanja aku buku or komik. Then pilih punya pilih, aku tertarik dengan komik under ComicHouse yang ada gambar budak baju oren ada ekor dengan naga. And start dari era tu la, aku gila dengan komik ciptaan Akira Toriyama yang di panggil DRAGONBALL. (Mutiara Naga edisi melayu)

Aku jatuh cinta dengan Goku and kerekter2 dalam crita tu, and jalan crita dia, kuasa2..ishh.. kalau zaman tu.. memang terbaik. No wonder ia terkenal di seluuuruhh dunia (guna intonasi Naqiu dalam iklan filem Boboi The Movie). Dan aku percaya, semua diehard fanz berharap dapat tengok cerita ni beraksi sebagai filem. Dan ada orang yang prihatin, decide nak buat dragonball. Berita baik kat semua die hard fanz di seluuruuhh dunia (sekali lagi). Maka terhasil lah... DRAGONBALL EVOLUTION.. yang sangatttttt.............. SUCKS !.

Mac 15. Impian waktu kecil aku and semua die hard fanz musnah sekelip mata dalam sejam setengah camtu. No offence, worst comic adaptation film ever untuk 2 3 tahun ni. tak dapat digambarkan betapa kecewanya aku dengan filem ni (sampai aku prefer letak pic dragonball tanpa watak kat atas). Memang sangat kecewa sampai menyumpah2 keluar panggung. Eh tak, time tengok pun dah menyumpah2 dalam hati. Sebab this is dragonball.. bukan sang wira. salah satu saga komik yang terbaik. Malangnya, filem ni rosakkannya dengan sekelip mata. Despite dari effect yang tak nafi Hollywood yang otai buat.. selain dari tu.. semua aku consider.. NEGATIVE !

- Character takdak lansung yang similiar even aku agak tertarik dengan chi chi versi hot chick.
- Semua character boring especially GOKUUU !!!
- Actor Goku tak reti blakon, part emo tak pandai nk feel and part2 lain lagi. Masalahnya Justin Chatwin belakon dgn baik dalam War of the world dan invisible. Jadi Goku = Super Sucks.
- Goku = p kolej, betumbuk dgn bullies, pastu suka flirt. What the heck. Setahu aku, Goku buta cinta, and 1+1 pun tak tau jawapan.
- Kurin and Pilaf xde. padahal watak penting.
- Red Ribbon x dak.
- Yamcha x tau bertumbuk.
- Bulma dah macam Lara Croft.
- Roshi x cukup pervert.
- dragonball di cipta oleh para2 monk tahap dewa. Bukan Namekian.
- Kerekter Pikor dah macam villian star trek. pastu dialog sikit plus peranan lemah.
- Naga dragonball pendek and x bleh cakap.
- Oozaru (jelmaan king kong Goku) buruk and size tahap wrestler big show.
- Fight last boring.
- Kamehameha final amatlah.. thats it?...........

Conclusion dia : Sampah x 8 !!!!. Sapa yang sayang duit, jangan tgk wayang. Beli la dvd. Kalau x nak merana macam aku. Aku harap, semoga ada orang lain yang nak buat remake filem ni and buat lebih better dengan tak tukar banyak benda penting and tak sepatutnya. Semua fanboys mengharap sesangat. Because we care. Even Goku care. Kerana Dragonball ada 7 biji semuanya.




2 comments:

peijan said...

aku setuju dengan setiap patah perkataan kamu wahai sly sama.. dragonball yang kita tunggu yang di war2kan dari zaman kolej sangat mengecewakan..

syaQ tOwr® said...

sly..
kerugian duit tgok dragonball nie...