In Loving Memory



"Ni gambar mak masa kat Singapore. Yang ni pulak kat Melaka". Ada la dalam 20 keping gambar percutian mak aku yang dia jarang tunjuk. Cuma lepas tengok cerita melancong kat channel oasis smalam, terus tergerak hati nak cari balik gambar2 percutian lama beliau. Rupanya dah banyak tempat dia p melancong. Aku ja yang tersadai kat sini. (Aku cuma teringin nak p Jepun. Yes, Jepun.)

Dalam bungkusan plastik yang penuh dengan album mini and foto2 x tersusun tu, ada satu album mini lama yang agak dah berkulat. And ada satu gambar ni yang buat aku rasa.. sebak sangat bila tengok. Sebijik rumah yang dh bertahun lamanya aku x tengok. Aku belek setiap inci gambar tu sambil terngiang2 kenangan aku merajuk sebab tak dapat coklat, lari belakang rumah sebab x mau mandi, tingkat atas rumah yang aku cukup takut nak naik sebab ada rasa seram semacam and gambar besar Tun Abdul Razak yang time tu aku rasa seram gila tgk gambar tu, tidur dekat bilik yang sampai sekarang aku still boleh ingat bau cadar, selimut and papan dinding bilik tu. Dan paling aku tak boleh lupa, laman depan rumah yang lapang di mana aku habiskan masa kecilku mengasah bakat yang aku ada sekarang. ya, sebuah canvas lukisan paling besar dalam sejarah hidup aku. And aku pasti dah beratus coretan dari gambar rama2 sampai la satu pasukan khas flashman yang pose x ubah macam orang-orang (time tu la, blum pro). Jadi, boleh dikatakan ni salah satu titik permulaan bakat yang Allah anugerahkan untuk aku.

Dan skarang ni, rumah tu dah tak ada (dirobohkan kerana masalah tanah). Penghuni tetap rumah tu pun dah tak ada. Dan aku amat rindukan insan itu yang aku cukup kagum dengan segala-galanya tentang dia. Kami semua rindukan dia. Yang tinggal cuma kenangan yang aku tak akan ganti walau dengan harta dunia. Penghuni dan rumah usang yang nampak rapuh tu akan aku dan abdul rashid abdul raman akan kenangkan sampai Allah keluarkannya dari ingatan kami.

Tok.. kami teramat rindukan tok. Semoga roh tok ditempatkan bersama orang2 yang beriman.



6 comments:

Neronite said...

..urmm....kat maner umah ni??...kureng familiar

Anonymous said...

Sly
Very touchy it is.. rase mcm pernah ku sampai di situ.. Childhood reminisence will ever last in our memories.. ~sob...

shizuru satonaka said...

i miss my grandpa as well :'(

al-fatihah buat mereka yang telah tiada..

StanNero said...

IC..

Klasik nyer..ako masih bernasib baik sebab semua datuk and nenek ako masih sihat...

Masih boleh kejar ayam .. entah apa rahsia diorg nie...

Tapi ako respek la ko ngan family ko..jenis pandai simpan brg.. ada je brg klasik and nostalgia yg korang simpan..siap ada tarikh..

Yg plaing respek jumpa Game Tape jenama zaman 80 and dulu lengkap dengan joystick hehe..

[sly](^_^) said...

pasal tabiat suka simpan brg ni la rumah semak mcm kapal karam. sayangnya.. game tu dh di buang. stelah mejoriti undi di buat. and aku kalah dgn tragis nya. (T-T)

Cool said...

Aku juga rindukan rumah lama beratap tinggi dengan sarang labah labah berayun yang aku tidak jemu untuk takut berlari ke dapur dengan hanya pelita ayam di tepi tangga..

tsk.